Assalaumaikum
dan selamat pagi. Lama rasanya tak update blog aku ni. Sibuk dengan tugas dan
aktiviti harian. Al maklumlah cuti sekolah. Pagi ni mendapat panggilan dari
penyelia asrama. Berita gembira. Permohonan saya diluluskan. Alhamdulillah.
Tapi jangan buat andaian melulu ya. Terlalu awal masih.
So,
post kali ni nak cerita sedikit mengenai tugasku dan juga asramaku terchenta.
sebahagian dari tulang belakang warden. terima kasih! |
5
tahun adalah bukan satu jangka masa yang singkat. Tidak pernah aku terfikir
akan bertahan selama ini. Masa berlalu dengan pantas sehinggakan aku sendiri
tidak menyangka 5 tahun aku telah bergelar warden.
Bermula
dari kosong. Aku langsung tidak tahu apa yang perlu di buat. Perlahan-perlahan
aku merangkak bertongkat. Bertanya itu. Bertanya ini. Bukan mudah. Syukur
akhirnya aku sudah mampu untuk berlari dengan laju sekarang. Sepanjang 5 tahun
ini aku sudah berada di bawah 3 orang ‘Raja’. Masing-masing ada cara
pemerintahan sendiri. Setiap satu ada cara sendiri. Masing-masing ada
keistimewaan sendiri. Aku juga yang masih setia. Yang masih taat dan yang
masih menurut perintah.
Gambar kenangan bersama rakan-rakan warden Alke & Hamdani dan Ketua Warden Rohana |
Tinggal
di asrama tidak sama dengan tinggal di luar. Suasana yang cukup berbeza. Jauh
berbeza.Di asrama kami hidup di dalam kelompok kami sendiri. Hidup dalam dunia
kami sendiri. Mana yang dapat bertahan akan perlahan-lahan akan menyuaikan
diri. Ada yang cuma sempat singgah sebulan, ada yang seminggu dan ada yang
hanya mampu bertahan semalaman saja. Mungkin hanya sekadar mahu mencuba-cuba. Selaku
warden waktu ku banyak diabiskan di asrama sahaja. Aku hampir kurang bersosial
dengan kawan-kawan di luar. Kalau keluar pun tidak boleh lama-lama. Pasti ada
saja yang berlaku di asrama. Pernah sekali pengalamanku keluar ke Bandar
Sandakan untuk membeli barang-barang keperluan. Pulang ke asrama lewat sekitar
jam 11 malam. Sampai-sampai di asrama aku melihat ramai pelajar berkumpul di
pondok pelawat. Rupa-rupanya mereka menunggu kepulangan aku. Seorang dari
mereka aku lihat terbaring di lantai. Di sebelahnya terdapat kain. Kain itu
dipenuhi darah. Hati mula timbul risau. Mula rasa takut. Apa sudah berlaku
ni!!!??? Aku melulu mendapatkan budak itu. Kepalanya cedera terkena kipas
syiling. Luka teruk. Harus di bawa ke hospital segera. Risau dia kehilangan
darah. Allah sahaja yang tahu perasaan ku waktu itu. Cuba bayangkan jika aku
tidak pulang malam itu? Apa akan terjadi kepada budak itu?
Terharu
dan kagum juga melihat pelajar seawal 13 tahun sudah mampu hidup berdikari.
Mengurus diri sendiri. Mencuci pakaian sendiri. Ada kalanya kami terpaksa
mengangkat air jika berlaku masalah kekurangan air. Bukan sehari dua. Pernah
berlarutan sehingga berminggu-minggu. Namun mereka tetap tabah. Sedih melihat
pelajar yang kecil saiz badannya terpaksa mengangkat air sebaldi penuh untuk
mandi dan mencuci pakaian. Perkara yang tidak aku alamai seusia itu. Aku tidak
pernah tinggal di asrama sewaktu zaman persekolahanku jadi aku tidak mengerti
apa yang ada di lubuk hati mereka. Tetapi aku dapat rasakan kesedihan yang
mereka alami. Apatah lagi apabila terpaksa berpisah dengan keluarga. Tinggalkan
kampong halaman. Samada rela atau terpaksa aku sendiri tidak tahu. Tapi
semuanya dibuat demi masa depan mereka. Suatu yang sukar buat semua insan
termasuk diriku. Mereka membesar denganku. Masa mereka lebih bersamaku berbanding
keluarga mereka di kampung. Akulah ibu. Akulah bapa mereka. Suka duka dikongsi
bersama.
sewaktu krisis air |
Banyak
pengalaman yang aku dapat selama 5 tahun di asrama. Pernah diugut dimaki, diserang, difitnah.
Tapi semua itu aku anggap satu pengalaman yang tidak dapat dibeli. Yang tidak
boleh didapati di mana-mana selain di asrama. Ibubapa pelajar datang dari
pelbagai sosio-ekonomi. Jadi fahaman serta mentaliti mereka juga berbeda-beda.
Syukur ada yang faham, mengerti tugasku macamana. Bukan mudah untuk menjaga 100
orang pada satu masa. 100 perangai. 100 tabiat. 100 ragam. 100 macam. Aku
banyak belajar erti hidup di sana.
Aku
gembira apabila anak-anak jagaanku berjaya menamatkan sekolah. Itu sudah cukup
buatku. Kerana mereka bebanyakkannya berasal dari pedalaman. Ada yang terpaksa
menaiki bot selama 5 jam. Kuamut, Desa Permai, Balat, Sangau, Sungai Lokan,
Seri Ganda dan beberapa tempat yang aku sendiri belum pernah dengar. Lebih
membahagiakan apabila dapat tahu mereka dapat menyambung pelajaran ke peringkat
yang lebih tinggi. Ke tingkatan 6, diploma dan ijazah. Aku tumpng gembira. Semoga
mereka akan menjadi seseorang yang berguna pada bangsa dan agama. Membantu dan
menbalas jasa kedua ibubapa mereka. Itu sudah cukup puas bagiku. Sekurang-kurangnya
suatu hari nanti aku bisa berkata “aku pernah jaga dia dulu masa di asrama”.
Tidak kurang juga ada di antara anak-anakku yang telah berjaya bertemu jodoh.
Mempunyai zuriat sendiri. Aku juga tumpang gembira bagi mereka.
Geng uncit.. |
Masih
teringat apabila sehari sebelum bermulanya sesi persekolahan di mana
anak-anakku akan pulang ke asrama. Yang mana mengingatiku akan membawa ole-ole,
buah tangan dari kampong. Paling seronok apabila musim buah-buahan. Segala
jenis buah-buahan dibawanya untuk aku. Pisang, durian, terap, rambuatan, cempedak,
durian merah, manga, ubi kayu, sayur-sayur kampung dan sebagainya. Yang mana keluarga nelayan
kebanyakkannya akan memberi sedikit hasil tangkapan mereka. Ikan sungai, udang
galah. Ada juga yang memberi segala jenis lauk-pauk. Kadang-kadang sampai tak
termakan. Bahagianya saat tu. Ada juga yang memberi kain pelekat, barangan
rumah dan sebagainya yang masih disimpan dan digunakan sampai saat ini. Terima
kasih diucapkan. Semoga Allah membalas budi jasa baik kamu semua.
penyejuk hati |
Tidak
ramai yang mampu. Mampu tinggal bersama 100 orang pelajar. Siang malam.
Kesabaran itu perlu ada. Akulah ibu akulah bapa mereka. Namun aku juga manusia
biasa yang kadang kala gagal untuk mengawal nafu amarah ku. Walau sesabar
mana seseorang itu jika diuji bertubi-tubi akan gugur juga sifat penyabarnya.
Marah bukan bermaksud benci. Tegur bukan bererti tidak suka. Rotan bukan
bermakna menganiaya. Semua dilakukan atas dasar mau memperbaiki. Supaya dia
sedar apa yang dibuatnya itu salah. Kadang2 mereka tidak faham. Aku tidak
menyalahkan mereka kerana seusia mereka aku juga berfikiran begitu. Apabila
meningkat dewasa dan mulai matang barulah sedar jika aku tidak ditegur atau
dimarah guruku sewaktu zaman sekolah dulu aku mungkin tidak berada di mana aku
berada sekarang.
denda membersih koridor |
Kepada
anak-anakku semua. Ingatlah pesan cikgu mu ini. Sejauh mana setinggi mana kamu
berada jangan sesekali lupa dari mana kamu berasal. Dan jika kamu rasa nasib
kamu tidak baik ingatlah bahawa ada insan lain yang lebih bernasib tidak baik
dari kamu. Bersyukur dengan setiap nikmat yang diberiNya. Sentiasa berusaha
untuk memajukan diri. Jaga solat kerana dalam solatlah kita akan peroleh
ketenangan dan dengan solatlah kita dapat mendekatkan diri denganNya. Cikgu
mohon ampun dan maaf sekiranya pernah memarahi, merotan, mendenda kamu. Jangan
di simpan di dalam hati. Mohon halalkan segalanya. Mana yang termakan,
terminum, terguna, terambil. Begitu juga dengan cikgu. Jika ada yang buat silap
dan salah jangan bimbang lama sudah cikgu maafkan.
wajib solat berjemaah dan Tazkirah dipupuk. |
kebersihan diterap.Gotong-royong setiap pagi dan petang |
Kepada
anak-anakku yang akan menamatkan zaman persekolah tahun ini jika ada masa
datanglah jenguk-jenguk kami nanti. Sentiasa ingat bahawa kita pernah tinggal
sebumbung, pernah menjadi keluarga dan akan sentiasa menjadi keluarga walau apa
pun berlaku. Pintu sentiasa terbuka. Jenguk adik-adik. Bantu mereka mana yang
mampu. Bukan wang ringgit yang diharapakan tetapi nasihat, teguran dan
motivasi. Supaya mereka juga mampu menjadi seperti kamu suatu hari nanti.
Simpan kenangan itu hingga ke akhir hayat.
orang kanan yang setia. Asrafol dan Erzuan. |
Tidak perlu diungkit apa sumbangan aku terhadap asrama. tidak seberapa mana cuma aku boleh berpuas hati dan lega dengan perubahan yang aku buat. sekiranya datang penggantiku teruskanlah kesinambungan dan terimalah tugas barumu itu dengan hati yang terbuka. in sha Allah semuanya akan dipermudahkan juga.
Team Hostel Battalion. Arisin sebagai tunjang strategi |
Kenangan bertiga♡♡♡...
ReplyDelete