Showing posts with label Sandakan. Show all posts
Showing posts with label Sandakan. Show all posts

Thursday, December 6, 2012

Asramaku Surgaku.


Assalaumaikum dan selamat pagi. Lama rasanya tak update blog aku ni. Sibuk dengan tugas dan aktiviti harian. Al maklumlah cuti sekolah. Pagi ni mendapat panggilan dari penyelia asrama. Berita gembira. Permohonan saya diluluskan. Alhamdulillah. Tapi jangan buat andaian melulu ya. Terlalu awal masih.
So, post kali ni nak cerita sedikit mengenai tugasku dan juga asramaku terchenta.
sebahagian dari tulang belakang warden. terima kasih!

5 tahun adalah bukan satu jangka masa yang singkat. Tidak pernah aku terfikir akan bertahan selama ini. Masa berlalu dengan pantas sehinggakan aku sendiri tidak menyangka 5 tahun aku telah bergelar warden.
Bermula dari kosong. Aku langsung tidak tahu apa yang perlu di buat. Perlahan-perlahan aku merangkak bertongkat. Bertanya itu. Bertanya ini. Bukan mudah. Syukur akhirnya aku sudah mampu untuk berlari dengan laju sekarang. Sepanjang 5 tahun ini aku sudah berada di bawah 3 orang ‘Raja’. Masing-masing ada cara pemerintahan sendiri. Setiap satu ada cara sendiri. Masing-masing ada keistimewaan sendiri. Aku juga yang masih setia. Yang masih taat dan yang masih menurut perintah.
Gambar kenangan bersama rakan-rakan warden Alke & Hamdani dan Ketua Warden Rohana

Tinggal di asrama tidak sama dengan tinggal di luar. Suasana yang cukup berbeza. Jauh berbeza.Di asrama kami hidup di dalam kelompok kami sendiri. Hidup dalam dunia kami sendiri. Mana yang dapat bertahan akan perlahan-lahan akan menyuaikan diri. Ada yang cuma sempat singgah sebulan, ada yang seminggu dan ada yang hanya mampu bertahan semalaman saja. Mungkin hanya sekadar mahu mencuba-cuba. Selaku warden waktu ku banyak diabiskan di asrama sahaja. Aku hampir kurang bersosial dengan kawan-kawan di luar. Kalau keluar pun tidak boleh lama-lama. Pasti ada saja yang berlaku di asrama. Pernah sekali pengalamanku keluar ke Bandar Sandakan untuk membeli barang-barang keperluan. Pulang ke asrama lewat sekitar jam 11 malam. Sampai-sampai di asrama aku melihat ramai pelajar berkumpul di pondok pelawat. Rupa-rupanya mereka menunggu kepulangan aku. Seorang dari mereka aku lihat terbaring di lantai. Di sebelahnya terdapat kain. Kain itu dipenuhi darah. Hati mula timbul risau. Mula rasa takut. Apa sudah berlaku ni!!!??? Aku melulu mendapatkan budak itu. Kepalanya cedera terkena kipas syiling. Luka teruk. Harus di bawa ke hospital segera. Risau dia kehilangan darah. Allah sahaja yang tahu perasaan ku waktu itu. Cuba bayangkan jika aku tidak pulang malam itu? Apa akan terjadi kepada budak itu?

Terharu dan kagum juga melihat pelajar seawal 13 tahun sudah mampu hidup berdikari. Mengurus diri sendiri. Mencuci pakaian sendiri. Ada kalanya kami terpaksa mengangkat air jika berlaku masalah kekurangan air. Bukan sehari dua. Pernah berlarutan sehingga berminggu-minggu. Namun mereka tetap tabah. Sedih melihat pelajar yang kecil saiz badannya terpaksa mengangkat air sebaldi penuh untuk mandi dan mencuci pakaian. Perkara yang tidak aku alamai seusia itu. Aku tidak pernah tinggal di asrama sewaktu zaman persekolahanku jadi aku tidak mengerti apa yang ada di lubuk hati mereka. Tetapi aku dapat rasakan kesedihan yang mereka alami. Apatah lagi apabila terpaksa berpisah dengan keluarga. Tinggalkan kampong halaman. Samada rela atau terpaksa aku sendiri tidak tahu. Tapi semuanya dibuat demi masa depan mereka. Suatu yang sukar buat semua insan termasuk diriku. Mereka membesar denganku. Masa mereka lebih bersamaku berbanding keluarga mereka di kampung. Akulah ibu. Akulah bapa mereka. Suka duka dikongsi bersama.
sewaktu krisis air

Banyak pengalaman yang aku dapat selama 5 tahun di asrama.  Pernah diugut dimaki, diserang, difitnah. Tapi semua itu aku anggap satu pengalaman yang tidak dapat dibeli. Yang tidak boleh didapati di mana-mana selain di asrama. Ibubapa pelajar datang dari pelbagai sosio-ekonomi. Jadi fahaman serta mentaliti mereka juga berbeda-beda. Syukur ada yang faham, mengerti tugasku macamana. Bukan mudah untuk menjaga 100 orang pada satu masa. 100 perangai. 100 tabiat. 100 ragam. 100 macam. Aku banyak belajar erti hidup di sana.

Aku gembira apabila anak-anak jagaanku berjaya menamatkan sekolah. Itu sudah cukup buatku. Kerana mereka bebanyakkannya berasal dari pedalaman. Ada yang terpaksa menaiki bot selama 5 jam. Kuamut, Desa Permai, Balat, Sangau, Sungai Lokan, Seri Ganda dan beberapa tempat yang aku sendiri belum pernah dengar. Lebih membahagiakan apabila dapat tahu mereka dapat menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Ke tingkatan 6, diploma dan ijazah. Aku tumpng gembira. Semoga mereka akan menjadi seseorang yang berguna pada bangsa dan agama. Membantu dan menbalas jasa kedua ibubapa mereka. Itu sudah cukup puas bagiku. Sekurang-kurangnya suatu hari nanti aku bisa berkata “aku pernah jaga dia dulu masa di asrama”. Tidak kurang juga ada di antara anak-anakku yang telah berjaya bertemu jodoh. Mempunyai zuriat sendiri. Aku juga tumpang gembira bagi mereka.
Geng uncit..

Masih teringat apabila sehari sebelum bermulanya sesi persekolahan di mana anak-anakku akan pulang ke asrama. Yang mana mengingatiku akan membawa ole-ole, buah tangan dari kampong. Paling seronok apabila musim buah-buahan. Segala jenis buah-buahan dibawanya untuk aku. Pisang, durian, terap, rambuatan, cempedak, durian merah, manga, ubi kayu, sayur-sayur kampung dan sebagainya. Yang mana keluarga nelayan kebanyakkannya akan memberi sedikit hasil tangkapan mereka. Ikan sungai, udang galah. Ada juga yang memberi segala jenis lauk-pauk. Kadang-kadang sampai tak termakan. Bahagianya saat tu. Ada juga yang memberi kain pelekat, barangan rumah dan sebagainya yang masih disimpan dan digunakan sampai saat ini. Terima kasih diucapkan. Semoga Allah membalas budi jasa baik kamu semua. 
penyejuk hati
Tidak ramai yang mampu. Mampu tinggal bersama 100 orang pelajar. Siang malam. Kesabaran itu perlu ada. Akulah ibu akulah bapa mereka. Namun aku juga manusia biasa yang kadang kala gagal untuk mengawal nafu amarah ku. Walau sesabar mana seseorang itu jika diuji bertubi-tubi akan gugur juga sifat penyabarnya. Marah bukan bermaksud benci. Tegur bukan bererti tidak suka. Rotan bukan bermakna menganiaya. Semua dilakukan atas dasar mau memperbaiki. Supaya dia sedar apa yang dibuatnya itu salah. Kadang2 mereka tidak faham. Aku tidak menyalahkan mereka kerana seusia mereka aku juga berfikiran begitu. Apabila meningkat dewasa dan mulai matang barulah sedar jika aku tidak ditegur atau dimarah guruku sewaktu zaman sekolah dulu aku mungkin tidak berada di mana aku berada sekarang.
denda membersih koridor

Kepada anak-anakku semua. Ingatlah pesan cikgu mu ini. Sejauh mana setinggi mana kamu berada jangan sesekali lupa dari mana kamu berasal. Dan jika kamu rasa nasib kamu tidak baik ingatlah bahawa ada insan lain yang lebih bernasib tidak baik dari kamu. Bersyukur dengan setiap nikmat yang diberiNya. Sentiasa berusaha untuk memajukan diri. Jaga solat kerana dalam solatlah kita akan peroleh ketenangan dan dengan solatlah kita dapat mendekatkan diri denganNya. Cikgu mohon ampun dan maaf sekiranya pernah memarahi, merotan, mendenda kamu. Jangan di simpan di dalam hati. Mohon halalkan segalanya. Mana yang termakan, terminum, terguna, terambil. Begitu juga dengan cikgu. Jika ada yang buat silap dan salah jangan bimbang lama sudah cikgu maafkan.
wajib solat berjemaah dan Tazkirah dipupuk.
kebersihan diterap.Gotong-royong setiap pagi dan petang

Kepada anak-anakku yang akan menamatkan zaman persekolah tahun ini jika ada masa datanglah jenguk-jenguk kami nanti. Sentiasa ingat bahawa kita pernah tinggal sebumbung, pernah menjadi keluarga dan akan sentiasa menjadi keluarga walau apa pun berlaku. Pintu sentiasa terbuka. Jenguk adik-adik. Bantu mereka mana yang mampu. Bukan wang ringgit yang diharapakan tetapi nasihat, teguran dan motivasi. Supaya mereka juga mampu menjadi seperti kamu suatu hari nanti. Simpan kenangan itu hingga ke akhir hayat.
orang kanan yang setia. Asrafol dan Erzuan.

Tidak perlu diungkit apa sumbangan aku terhadap asrama. tidak seberapa mana cuma aku boleh berpuas hati dan lega dengan perubahan yang aku buat. sekiranya datang penggantiku teruskanlah kesinambungan dan terimalah tugas barumu itu dengan hati yang terbuka. in sha Allah semuanya akan dipermudahkan juga.
Team Hostel Battalion. Arisin sebagai tunjang strategi

Wednesday, November 7, 2012

Holy Holidays!!

Assalamualaikum. Good morning...

its coming!!

Yup i know we haven’t even finished school yet but before you know it, it will be the holiday soon (2 days more to go) my flight will be on 10th Nov..... yippyyyyyy!!! im coming home! coming home tell the world that im coming home!! finally...cant wait to be home again...
you know how excited i am? it such a feeling that cannot be described...i counting days every morning.every night.every minute.every second... just like a prisoner waiting to be free from prison... and im so thankful to Allah. Alhamdulillah, so far Allah has ease my way..

counting my days...

Theres so much of things i wanna do/consider during the holiday...hopefully it will be full of fun and opportunity.
Eat my fav food ::  foods cooked by my mum of course. my fav fast foods which not available here in Sandakan. my sister home-made pavlova. 
Meet up with old friends :: keep in touch with friends as usual i miss all my old friends. this is the time where we can meet, chit chat and hang out together...
Catch a flick at the movies :: watch movies in the cinema...
Have a family night :: my sister has planned a family gathering where she wanted to serve a steam boat dishes
travelling :: i love travelling and the best time to travel is during the school holidays.for this year Singapore perhaps...
shopping :: buy some new work attires, watch and another pair of onitsuka tiger sneakers, home decos
sleep :: zzzzzZZzzzz as much as i want to...
Attempt to get in shape :: above all, eat healthy food, do exercise, enough sleep

there always a sad thing in a good thing.. my friend Noor Hisam is transferring schools next year and im really upset. he's more than a friend to me. he is my mentor my sifoo in photography. thank you for the knowledge u taught me. i wish you all the best in your new school...
to my student Erzuan Syah (actually he's more to my brother) who will finishing school soon, i wish you Good Luck on your STPM exam. i always pray for you. do come and visit me sometimes here. thank you for everything...until we meet again..
sadly both of them will be no longer in SMKBG next year 

mentor Hisam with his apprentices

Monday, July 23, 2012

Sham Kamikaze is in the town!

senyum sokmo ustad
Assalamualaikum dan salam sejahtera. 1st of all selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak bagi mereka yg beragama Islam. hopefully thn ini kita mendapat barakah dan kurniaNya.. Amin.. make sure puasa cukup 30 hari...

lama rasanya tak update blog ni. nothing special yang nak dikongsi sebenarnya.. cuma baru2 ni 15 Julai  saya berkesempatan berjumpa dan bergambar dengan salah seorang idola saya.. mayb ada yang dah tak kenal dengan jejaka berkaca mata berambut pendek dan berjanggut ini sebab imej sekarang dan dahalu sangat jauh berbeza. inilah dinamakan penghijraan.suatu yang dituntut..berubah ke arah kebaikan.. walaupun cuma sempat bersua sekitar sejam saya boleh rumuskan beliau seorang yang merendah diri, peramah dan kaya dengan senyuman (petua untuk kelihatan sentiasa muda bilangnya..hehe)

idol
actually beliau datang ke sandakan atas urusan mengadakan ceramah agama but unfortunately saya tidak berkesempatan untuk mengikutinya akibat tersalah tempat. dapat maklumat bahawa beliau akan mengadakan ceramah di masjid daerah sandakan tetapi sebenarnya beliau mengadakan ceramah di dewan masyarakat sandakan. jd.melepaslah saya ;-(

nasihat sebelum outing
well, kalau dah kata darah photographer tu mengalir dalam badan ke mana saja beliau pergi pasti takkan lekang dari cameranya. sempat juga beliau memberi tips2 dan nasihat2 berkenaan photography. bilangnya beliau lebih berminat utk mengambil gambar2 pemandangan dan alam ciptaan Tuhan.. jd senang saja lah tak perlu cari model2.hehe so kami outing sekitar pasar besar sandakan...

objek :: ikan masin
sain utk peminat
so ustad harap kita akan berjumpa lagi di lain waktu.. see u again..salam
gambar kenangan